SELAMAT DATANG & WARM WELCOME...Sokong Blog KRT PTKJ2 dengan mendaftar sebagai 'Sahabat Kita'... Kepada yang telah mendaftar ribuan terima kasih atas sokongan anda, "Bersama menuju kesejahteraan dan kecemerlangan : Dari Mohd Esa Ali (Pengerusi) & AJK KRT PTKJ2 Email kami : krtptkj2@gmail.com

30 July 2011

Salam Ramadhan, Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan 2011

KEPADA SEMUA WARGA PANGSAMURNI TITIWANGSA 
KERAMAT JAYA 2, KUALA LUMPUR.

SALAM RAMADHAN 1432H

Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya"

22 May 2011

Foto Majlis Solat Hajat & Gotong Royong

1. Majlis Solat Hajat

Hari : Sabtu
Tarikh : 18 Jamadil Akhir 1432 H,
             21 Mei 2011,
Jam : 9 pm ~ 11 pm

2. Majlis Gotong Royong 


Hari : Ahad

Tarikh : 19 Jamadil Akhir 1432 H,
             21 Mei 2011,
Jam : 8.00 am ~ 1.00 pm

Selamat menonton..Happy Viewing


1. Majlis Tahlil & Solat Hajat - Sabtu Malam

















2. Majlis Gotong Royong - Ahad


Lain2 foto akan di uploadkan kemudian....





















 


Ada Lagi.... Tunggu.Next Pic...:)



16 February 2011

Wee Soon Yen : Cekal belajar bahasa Arab





Harian Metro 16/2
PUTRAJAYA: Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran dan mendapat tentangan daripada keluarga pada peringkat awal, Wee Soon Yen, 16 tetap mencabar dirinya untuk mempelajari Bahasa Arab memandangkan minatnya yang amat mendalam untuk memahirkan diri dalam bahasa asing.
Atas usaha gigih dan semangat kental, remaja ini berjaya membuktikan agama dan keturunan bukan penghalang untuk seseorang itu mempelajari bahasa Arab.

Soon Yen yang juga anak sulung kepada pasangan Wee Hock Lim dan Soo Ah Kem adalah satu-satunya pelajar berbangsa Cina dan bukan Islam yang berjaya memperoleh A dalam subjek Bahasa Arab dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Berdasarkan kejayaan itu, pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, Kelantan itu diberi pengiktirafan dengan menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H/2011M, menjadikannya penerima termuda anugerah berkenaan.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana tidak sangka dapat anugerah seumpama ini. Jika diikutkan sumbangan saya amat sedikit berbanding penerima lain,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H/2011M di Dewan Solat Utama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam.

02 February 2011

Skim Rondaan Sukarela (SRS)

Skim Rondaan Sukarela (SRS) telah mula dijalankan oleh warga2 PTKJ2 yang amat prihatin dengan keselamatan dan kesejateraan di kawasan ini.
Jom Join Kami SRS - Tunggu apa lagi....

Tahniah diucapkan kepada semua petugas-petugas yang secara sukarela meluangkan masa emas mereka bagi membantu melaksanakan program murni ini.

Oleh itu marilah kita bersama-sama samada pemilik@penyewa turun ke pejabat/bilik gerakan KRT di tingkat bawah blok 69 untuk membantu menyokong aktiviti yang amat bermakna ini.....Kerjasama dan komitmen dari semua warga PTKJ2 amat dihargai.


Sessi Taklimat oleh Pengerusi SRS
Kawalan di laluan masuk utama

Salam Tuan, Jangan lupe kunci kete yea...:)

 "Bang! camne nak join ronda nie.....kena kursus ker...hehehe"




Penglibatan semua penghuni diPTKJ2 amat di alu-alukan untuk bersama-sama berganding bahu membantu mencegah jenayah/aktiviti tidak bermoral disamping mengeratkan lagi hubungan kejiranan dikawasan ini.

31 January 2011

Selamat Datang



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bagi pihak AJK Kawasan Rukun Tetangga Pangsamurni Titiwangsa Keramat Jaya 2 (KRT PTKJ2) , Selamat Datang diucapkan kepada semua pengunjung blog kami krtptkj2.blogspot.com

> Sila mendaftar/follow di ruangan 'Sahabat Kita' bagi membolehkan anda bersama-sama memberikan segala bentuk cadangan/komen kepada 'posting' yang disiarkan & dibincangkan.

> Gunakanlah kemudahan di blog ini untuk menambah-baik apa jua demi kesejahteraan, kesepakatan & kebaikan semua penghuni Pangsamurni Titiwangsa Keramat Jaya 2..

> Semua penghuni dan sahabat kita adalah dialu-alukan untuk menyertai semua aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan samada secara rasmi @ tidak untuk kebaikan bersama .Anda juga boleh merancang dan menganjurkan apa-apa aktiviti yang bersesuaian dengan penghuni setempat.  Pihak kami bersedia membantu mana yang termampu.

> Adalah diingatkan supaya anda mematuhi etika-etika dan tatasusila ketika berblog. Sifat saling menghormati sesama pengguna/penghuni dan elakkan dari komen2 yang sensitif, yang menyentuh peribadi, agama dan kenyataan yang tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat kita.

> Bagi yang ingin bersembang, bolehlah menggunakan ruangan 'Ape Kabor....Shout Box' yang terdapat di sebelah kanan bahagian bawah blog ini dengan cara yang berhemah.

> Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas segala kesulitan atau apa jua masalah yang timbul berkaitan dengan maklumat atau komen2 yang disiarkan di blog ini. Pihak Admin & AJK PTKJ2 berhak untuk memadamkan komen-komen yang tidak sesuai untuk dibincangkan atau pun disiarkan.

> Sekiranya ada perkara2 atau makluman yang hendak disiarkan, sila hantar email ke :  krtptkj2@gmail.com atau hubungi AJK berhampiran dengan rumah anda. Semua artikel atau makluman hendaklah disertakan maklumat lengkap seperti nama, alamat, no. tel. dan perkara yang hendak disiarkan dalam bentuk 'softcopy'.

Akhir kata, kami mengucapkan selamat menggunakan blog ini & manfaatkanlah kemudahan ini untuk kebaikan bersama.

Wassalam.