SELAMAT DATANG & WARM WELCOME...Sokong Blog KRT PTKJ2 dengan mendaftar sebagai 'Sahabat Kita'... Kepada yang telah mendaftar ribuan terima kasih atas sokongan anda, "Bersama menuju kesejahteraan dan kecemerlangan : Dari Mohd Esa Ali (Pengerusi) & AJK KRT PTKJ2 Email kami : krtptkj2@gmail.com

31 January 2011

Selamat Datang



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bagi pihak AJK Kawasan Rukun Tetangga Pangsamurni Titiwangsa Keramat Jaya 2 (KRT PTKJ2) , Selamat Datang diucapkan kepada semua pengunjung blog kami krtptkj2.blogspot.com

> Sila mendaftar/follow di ruangan 'Sahabat Kita' bagi membolehkan anda bersama-sama memberikan segala bentuk cadangan/komen kepada 'posting' yang disiarkan & dibincangkan.

> Gunakanlah kemudahan di blog ini untuk menambah-baik apa jua demi kesejahteraan, kesepakatan & kebaikan semua penghuni Pangsamurni Titiwangsa Keramat Jaya 2..

> Semua penghuni dan sahabat kita adalah dialu-alukan untuk menyertai semua aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan samada secara rasmi @ tidak untuk kebaikan bersama .Anda juga boleh merancang dan menganjurkan apa-apa aktiviti yang bersesuaian dengan penghuni setempat.  Pihak kami bersedia membantu mana yang termampu.

> Adalah diingatkan supaya anda mematuhi etika-etika dan tatasusila ketika berblog. Sifat saling menghormati sesama pengguna/penghuni dan elakkan dari komen2 yang sensitif, yang menyentuh peribadi, agama dan kenyataan yang tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat kita.

> Bagi yang ingin bersembang, bolehlah menggunakan ruangan 'Ape Kabor....Shout Box' yang terdapat di sebelah kanan bahagian bawah blog ini dengan cara yang berhemah.

> Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas segala kesulitan atau apa jua masalah yang timbul berkaitan dengan maklumat atau komen2 yang disiarkan di blog ini. Pihak Admin & AJK PTKJ2 berhak untuk memadamkan komen-komen yang tidak sesuai untuk dibincangkan atau pun disiarkan.

> Sekiranya ada perkara2 atau makluman yang hendak disiarkan, sila hantar email ke :  krtptkj2@gmail.com atau hubungi AJK berhampiran dengan rumah anda. Semua artikel atau makluman hendaklah disertakan maklumat lengkap seperti nama, alamat, no. tel. dan perkara yang hendak disiarkan dalam bentuk 'softcopy'.

Akhir kata, kami mengucapkan selamat menggunakan blog ini & manfaatkanlah kemudahan ini untuk kebaikan bersama.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment