SELAMAT DATANG & WARM WELCOME...Sokong Blog KRT PTKJ2 dengan mendaftar sebagai 'Sahabat Kita'... Kepada yang telah mendaftar ribuan terima kasih atas sokongan anda, "Bersama menuju kesejahteraan dan kecemerlangan : Dari Mohd Esa Ali (Pengerusi) & AJK KRT PTKJ2 Email kami : krtptkj2@gmail.com

16 February 2011

Wee Soon Yen : Cekal belajar bahasa Arab





Harian Metro 16/2
PUTRAJAYA: Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran dan mendapat tentangan daripada keluarga pada peringkat awal, Wee Soon Yen, 16 tetap mencabar dirinya untuk mempelajari Bahasa Arab memandangkan minatnya yang amat mendalam untuk memahirkan diri dalam bahasa asing.
Atas usaha gigih dan semangat kental, remaja ini berjaya membuktikan agama dan keturunan bukan penghalang untuk seseorang itu mempelajari bahasa Arab.

Soon Yen yang juga anak sulung kepada pasangan Wee Hock Lim dan Soo Ah Kem adalah satu-satunya pelajar berbangsa Cina dan bukan Islam yang berjaya memperoleh A dalam subjek Bahasa Arab dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Berdasarkan kejayaan itu, pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, Kelantan itu diberi pengiktirafan dengan menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H/2011M, menjadikannya penerima termuda anugerah berkenaan.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana tidak sangka dapat anugerah seumpama ini. Jika diikutkan sumbangan saya amat sedikit berbanding penerima lain,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H/2011M di Dewan Solat Utama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam.

No comments:

Post a Comment