SELAMAT DATANG & WARM WELCOME...Sokong Blog KRT PTKJ2 dengan mendaftar sebagai 'Sahabat Kita'... Kepada yang telah mendaftar ribuan terima kasih atas sokongan anda, "Bersama menuju kesejahteraan dan kecemerlangan : Dari Mohd Esa Ali (Pengerusi) & AJK KRT PTKJ2 Email kami : krtptkj2@gmail.com

02 February 2011

Skim Rondaan Sukarela (SRS)

Skim Rondaan Sukarela (SRS) telah mula dijalankan oleh warga2 PTKJ2 yang amat prihatin dengan keselamatan dan kesejateraan di kawasan ini.
Jom Join Kami SRS - Tunggu apa lagi....

Tahniah diucapkan kepada semua petugas-petugas yang secara sukarela meluangkan masa emas mereka bagi membantu melaksanakan program murni ini.

Oleh itu marilah kita bersama-sama samada pemilik@penyewa turun ke pejabat/bilik gerakan KRT di tingkat bawah blok 69 untuk membantu menyokong aktiviti yang amat bermakna ini.....Kerjasama dan komitmen dari semua warga PTKJ2 amat dihargai.


Sessi Taklimat oleh Pengerusi SRS
Kawalan di laluan masuk utama

Salam Tuan, Jangan lupe kunci kete yea...:)

 "Bang! camne nak join ronda nie.....kena kursus ker...hehehe"




Penglibatan semua penghuni diPTKJ2 amat di alu-alukan untuk bersama-sama berganding bahu membantu mencegah jenayah/aktiviti tidak bermoral disamping mengeratkan lagi hubungan kejiranan dikawasan ini.

No comments:

Post a Comment